Isnin, 21 Jun 2010

Perlu bijak manfaatkan Internet

KENINGAU 16 Jun - Ibu bapa diingatkan supaya tidak menolak kemajuan dan perkembangan teknologi seperti Internet hanya kerana ia didakwa mendedahkan anak-anak mereka kepada gejala tidak sihat.Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, teknologi berkenaan boleh mendatangkan banyak manfaat jika digunakan dengan bijak dan dipantau dengan baik oleh ibu bapa.''Pendekatan untuk menyelami hati remaja masa kini adalah berbeza dengan zaman dahulu. Kita tidak boleh menolak teknologi tetapi yang penting ialah pemantauan ibu bapa terhadap pergerakan dan tingkah laku anak-anak mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga 1Malaysia, Utamakan Keluarga anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Pensiangan di Sook semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails