Isnin, 25 Januari 2010

NKRA perlu maklum balas daripada rakyat untuk capai kejayaan

KOTA KINABALU: Bagi memastikan kejayaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang me- rangkumi pelbagai aspek, ianya memerlukan maklum balas dan pandangan daripada rakyat. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, ianya sekaligus menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meng- ambil kira keperluan dan kehendak sebenar rakyat sebelum melaksanakan sesuatu dasar atau pun program. “Inisiatif ini juga adalah selari dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam merealisasikan Halatuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri, pelaksanaan Koridor Pebangunan Sabah (SDC), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan agenda pembangunan yang lain demi untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian pada ucapan dasarnya sempena Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) peringkat negeri di sini, kelmarin. Hadir sama pada majlis itu dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang juga Pengerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanan (Pemandu) dan Senator Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, anggota Kabinet negeri dan para pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.Beliau berkata, kerajaan ne- geri sentiasa menghargai komitmen dan kesungguhan kerajaan persekutuan dalam memfokus- kan pembangunan infrastruktur asas luar bandar di negeri ini.

Ini katanya, khususnya dengan pembinaan 916 kilometer jalan raya luar bandar dalam tempoh pelaksanaan NKRA serta liputan 90 peratus bekalan air luar bandar dan 95 peratus bekalan elektrik luar bandar di negeri ini menjelang tahun 2012. Musa juga berkata, beliau bersyukur kerana secara dasar- nya Kerajaan Persekutuan telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM2 bilion masing- masing bagi pelaksanaan projek jalan raya luar bandar dan beka- lan air luar bandar bagi Sabah dalam tempoh masa 2010- 2012. “Saya percaya usaha ini akan memberikan kesan positif kepada pembangunan negeri, dengan adanya kemudahan infrastruktur asas itu, ia akan membantu usaha-usaha kerajaan negeri bagi mengurangkan lagi insiden kemiskinan terutamanya kemiskinan tegar di negeri ini selaras dengan Gaga- san 1 Malaysia- Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Mengenai hari terbuka GTP itu, Musa berkata, ia merupakan platform yang terbaik bagi mendekatkan kerajaan kepada rakyat. Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat di negeri ini supaya memanfaatkan sepe- nuhnya program itu dengan memberi idea, pandangan, serta input-input kepada kerajaan mengenai keperluan sebenar mereka. “Ini amat penting agar rakyat dapat memberikan sumbangan secara lebih positif dan bermakna dalam usaha kerajaan untuk mengetahui dan seterusnya memenuhi kehendak rakyat dengan lebih tepat, berkesan dan menyeluruh,” katanya. Dalam pada itu, beliau juga yakin pelaksanaan makmal- makmal yang berkaitan khususnya bagi meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan, meningkat- kan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan memper- kasa infrastruktur asas luar bandar adalah bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa di negeri ini. Beliau berharap hasil per- bincangan dan input dalam makmal-makmal berkaitan dapat menjadi asas dan garis panduan kepada kerajaan dalam merangka dan memacu pembangunan negeri bagi tempoh RMK-10 dan seterusnya RMK-11.

Rabu, 20 Januari 2010

MyID '1 NOMBOR SEMUA URUSAN' DILANCARKAN

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin melancarkan MyID, satu inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi kerajaan.
Muhyiddin berkata pelancaran inisiatif MyID itu sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan dan memudahkan semua pihak untuk berurusan dengan agensi kerajaan.


Katanya insiatif yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berpegang kepada konsep “1 Nombor Semua Urusan” yang akan menjadikan semua urusan dengan agensi kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat.“Langkah ini akan membantu rakyat di mana sahaja mereka berada untuk tujuan apa sekalipun, mereka dapat mengakses maklumat dan sebagainya, hanya mengingatkan nombor kad pengenalan.“Ini satu nombor untuk semua yang Perdana Menteri sebutkan, kita dah mula laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran MyID dan persidangan Ketua-Ketua Agensi Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Normah Md Yusof. Muhyiddin berkata dengan pengenalan insiatif MyID itu, rakyat tidak perlu lagi bersusah payah menyimpan atau menghafal pelbagai nombor rujukan yang kadangkala mendatangkan masalah di kalangan mereka apabila nombor berkenaan hilang atau tidak boleh diingati.“Langkah ini juga bagi mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di kaunter-kaunter, orang ramai juga tidak perlu menyimpan banyak dokumen yang kadangkala hilang dan tidak dapat dikesan. Ini satu perubahan yang radikal,” katanya.


Beliau berkata dari aspek keselamatan atau yang mungkin boleh mendatangkan ancaman kepada negara, agensi kerajaan dibenar mewujudkan mekanisme semakan peringkat kedua untuk mengesahkan identiti pelanggan sebelum sebarang urusan dijalankan.
Katanya sehingga kini, sejumlah 760 perkhidmatan yang disediakan oleh agensi perkhidmatan awam di peringkat kerajaan Persekutuan dan Negeri telah menggunakan MyID.
“Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian kerajaan, saya ingin menyeru semua agensi kerajaan melaksanakan insiatif MyID ini dengan kadar segera,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Muhyiddin mahu sektor awam memberi penekanan terhadap empat aspek iaitu pengurusan perubahan yang berkesan, pengukuhan budaya inovasi, pembudayaan organisasi pembelajaran dan pentakrifan semula peranan sektor awam dalam usaha menjayakan inisiatif transformasi kerajaan.

Katanya ini kerana cabaran yang akan dihadapi oleh negara amnya dan sektor awam khususnya adalah besar dan peranan selaku ketua jabatan sangat kritikal dalam menerajui insiatif perubahan yang telah dimulakan.

Isnin, 18 Januari 2010

Rakyat perlu sentiasa patuhi arahan: Sairin

KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Karno, mahu supaya rakyat di daerah ini agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan, berhubung dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di kawasan ini sejak beberapa hari yang lalu.“Anda kena patuhi semua arahan, dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat sebelum sesuatu yang buruk akan berlaku,” kataya.

Pada Sabtu, Ketua Polis Keningaum DSP Zahari Mohamed, menasihatkan penduduk yang tinggal di pesisir sungai, supaya berjaga-jaga dan memastikan anak-anak mereka tidak bermain-main di sungai. Beberapa daerah di negeri ini dinaiki banjir ekoran hujan turun berterusan sejak beberapa hari yang lepas. Paras Sungai Padas di Tenom dilaporkan mula naik sejak semalam, dan dikhuatiri bertambah jika cuaca semakin buruk dalam tempoh beberapa hari ini. Ketika ditemui lewat tengah hari di Liawan pada Ahad, Sairin berkata; “Mereka yang tinggal di pesisir sungai perlu mengutamakan keselamatan.”

Pembantu menteri itu menegur sesetengah penduduk yang enggan mengambil langkah-langkah keselamatan, seperti berpindah lebih awal sebelum banjir melanda di kawasan mereka.
Sejak semalam sehingga lewat tengah hari ini, New Sabah Times melakukan pemantauan di hamper semua kampung berisiko banjir, dan mendapati hanya beberapa batang sungai yang menunjukkan tanda-tanda banjir, tetapi tidak membahayakan penduduk. Sungai Pegalan didapati kabut tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya setakat jam 2 petang pada Ahad.

Sumber : sabah times

Jumaat, 15 Januari 2010

Bantuan kepada pelajar

Keningau- Sebelum rombongan ADUN ke Johan Jaya, YB Datuk Ellron sempat bertemu dengan seorang pelajar SMK Keningau 1 iaitu adik Suzanah Binti Rabun bersasal dari Kg Ambual. Keadaan keluarganya yang kurang mampu, mendapat perhatian daripada YB Ellron untuk membantu sekadar yang termampu.

Semoga dengan adanya bantuan ini, menjadi pemangkin kepada ibubapanya untuk lebih proaktif untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya. Disamping terus berusaha gigih lagi bagi memastikan anak-anaknya diberi pendidikan yang lebih tinggi.

Turut mengiringi YB Ellron ialah PKR Sook, Pemaju Masyarakat, PJKKK Kg Ambual serta AJK Wanita PBRS Liawan.

By; rmn

Mesyuarat Badan JKKK bersama ADUN

Sook- Mesyuarat gabungan JKKK( Johan Jaya, Nukakatan, Terelobou) berjalan dengan lancar kelmarin yang bermula jam 11.00 pagi. Selepas sahaja selesai mesyuarat tersebut, rombongan ADUN terus ke Kg Kapayan Baru untuk tujuan yang sama.

Antara masalah utama yang yang telah dikemukakan oleh kampung terbabit ialah:
- Masalah Status Kampung
- Status Tanah
- Masalah peringkat kampung iaitu kemudahana frasarana seperti jalan raya, parit,
bangunan awam dan sebagainya.

Mesyuarat Badan JKKK ini akan diteruskan dari masa ke semasa khusus untuk DUN Sook yang mempunyai 6 mukim. Melalui langkah ini banyak perkara-perkara yang diperolehi terutama berkaitan permasalahan rakyat peringkat akar umbi.

Turut bersama ADUN ialah PKR Sook, CDO Sook, Pemaju Mukim, Pemaju Masyarakat dan kakitangan UPKR yang lain.

by:rmn

Selasa, 12 Januari 2010

PBRS ucap terima kasih NGO Islam Pantau Gereja

Keningau : Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mengucapkan rasa terima kasih diatas keprihatinan dan usaha murni pihak NGO Islam yang memantau dan mengawasi gereja di sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur.Ketua Pemudanya, Vincent Lee berkata, usaha murni beberapa NGO Islam untuk memantau dan mengawasi rumah ibadat itu amatlah dihargai.“ PBRS sangat terharu serta merasa tersentuh dengan sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh saudara Islam di semenanjung, kerana kami di sini menerima banyak aduan tentang kebimbangan keselamatan anak-anak Sabah di semenanjung,” kata Vincent.Apa yang mereka (Badan NGO Islam) lakukan itu cukup mengharukan dan membuktikan keprihatinan mereka terhadap saudara yang bukan seagama.

Sehubungan dengan itu kata Vincent , parti itu juga akan memberi penjelasan kepada rakyat di negeri ini berkenan dengan isu tersebut.Sementara itu Ketua Penerangan EXCO Wanita PBRS, Rozie Jumat berkata , komitmen yang dilakukan oleh pihak NGO Islam di semenanjung membantu memantau dan mengawasi gereja amatlah dihargai.“Pada ketika kita tersepit dengan isu ini, kita amat terharu dengan sikap telus dan persaudaraan yang dilakukan oleh saudara Islam yang menjaga kita, PBRS yakin masalah ini akan dapat ditangani dengan segera,” kata Rozie.Menurut Rozie , kebanyakan penganut Katolik di Kuala Lumpur adalah dari Sabah dan Sarawak.

Sabah & Sarawak: Pekan sampah

GERAI Tamu Ahad kotor dan tidak terurus.

KOTA MARUDU: Imej daerah ini sebagai pengeluar jagung terbesar di Sabah tercemar akibat keadaan pekan ini yang kotor seolah-olah tiada penyelenggaraan dilakukan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM). Keadaan menjijikkan itu dikesan di hampir semua sudut pekan ini, terutama selepas Tamu Ahad berikutan sampah yang bertaburan di merata tempat yang tidak dikutip.

Tinjauan Berita Harian di sini semalam mendapati, selain sampah bertaburan di kaki lima kedai, laluan pejalan kaki dan tapak tamu, parit di sekeliling kebanyakan premis perniagaan juga tersumbat, menyebabkan air tidak mampu mengalir. Ia menyebabkan kawasan berkenaan busuk, seolah-olah pekan yang ditinggalkan.

Sumber: berita harian

Kejadian bakar gereja tak babitkan kumpulan besar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan keadaan di negara ini terkawal di sebalik beberapa cubaan membakar gereja kerana kejadian itu tidak membabitkan kumpulan individu yang besar. "Majoriti rakyat Malaysia amat sederhana dan cintakan keamanan manakala keganasan tidak pernah dikaitkan dengan soal amalan beragama di negara ini. "Malahan pengenalan agama Islam dibuat melalui cara aman," katanya ketika ditemubual sekumpulan 10 wakil media dari India dalam rangka lawatan ke negara ini, di pejabatnya di sini semalam.

Perdana Menteri ditanya sama ada cubaan membakar gereja baru-baru ini trend yang ditiru atau sama dengan apa yang bermula di Pakistan tujuh tahun lalu. "Kami begitu dirahmati. Kami berharap dan akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan hubungan harmoni yang terjalin di antara pelbagai etnik dan kumpulan agama di negara ini. "Kami akan mengambil tindakan terhadap sebarang bentuk ekstremisme yang dilakukan oleh sesiapa atau mana-mana kumpulan, " katanya.
Mengenai sama ada amalan sekular di negara ini akan diubah selepas ini, Najib menjawab: "Kami mampu mengawal keadaan. Kami berupaya menguruskannya." Untuk mengatakan tahap ketegangan telah memuncak berikutan keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah sebenarnya diperbesarkan kerana kejadian (serangan ke atas gereja) adalah reaksi yang hanya membabitkan sekumpulan kecil individu, kata Najib. Sementara itu, menurut kenyataan Kementerian Luar, terdahulu wakil media India itu mengadakan perjumpaan dengan Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra dan dengan beberapa menteri Kabinet yang lain. "Lawatan wakil media India ke Wisma Putra memberikan peluang besar kepada Menteri Luar untuk bertukar pandangan dengan kumpulan itu mengenai isu penting kepada Malaysia.

"Ini termasuk dasar luar Malaysia terhadap hubungan dua hala dan kerjasama dengan India di forum serantau dan antarabangsa, harapan daripada lawatan akan datang perdana menteri ke India dan perkara lain kepentingan bersama membabitkan kedua-dua negara," menurut kenyataan itu. Najib dijadual melakukan lawatan rasmi ke republik itu awal minggu depan. Sementara itu, berucap pada majlis makan malam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini malam tadi, Najib mahu perkhidmatan awam di negara ini menjadi profesional sepenuhnya tanpa kecenderungan politik dan menyokong serta menterjemah apa juga hasrat kerajaan yang dipilih rakyat. Perdana Menteri berkata, prinsip itu adalah tonggak utama dan satu prinsip suci yang diamalkan oleh perkhidmatan awam di negara ini. Beliau berkata, prinsip itu menjadi tonggak kepada perkhidmatan awam negara ini sejak dulu yang mana ia menjadi sektor yang profesional sepenuhnya. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sijil MS ISO 9001:2008 kepada SPA dan melancarkan kaedah pengambilan secara profiling (Myrecruitment) suruhanjaya itu.

Sumber: berita harian

Tinjauan Ke Kg Panagatan Laut

Keningau- Akibat hujan lebat banjir kilat telah berlaku di Kampung Panagatan Laut petang kelmarin. Keadaan ini menyebabkan beberapa buah rumah termasuk rumah PBR telah dimasuki air. Oleh itu, Ketua Kampung KK Jakrin Sumadin telah memanggil PKR Sook untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi. Hasil tinjauan tersebut, didapati sistem saliran parit di perumahan kampung tersebut tidak teratur.

Aliran air akibat hujan lebat bermula dari kawasan sekolah ke kawasan kampung adalah antara punca utama. PKR Sook berkata kepada penduduk terlibat supaya bersabar seketika, pihaknya akan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ketika dihubungi, PJKKK Kg Panagatan Laut Kahirin Bador berkata, masalah tersebut sudah lama berlaku. Pihaknya telah mengajukan perkara ini kepada pihak atasan dan sudah diambil perhatian.

By:rmn

Isnin, 11 Januari 2010

Pelajar IPT sepatutnya tidak sertai sebarang demonstrasi: Mohd Khaled

JOHOR BAHARU: Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepatutnya tidak menyertai sebarang perhimpunan sama ada yang sah atau pun haram bagi membantah penggunaan perkataan “Allah” dalam Herald-The Catholic Weekly.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, berkata walaupun universiti dan Akta Kolej Universiti (Pindaan) 2009 membenarkan pelajar untuk menyertai perhimpunan yang sah, sebagai pelajar yang berpendidikan tinggi mereka sepatutnya boleh menggunakan kaedah yang lain untuk menangani isu itu.
“Kampus adalah tempat terbaik untuk para pelajar yang sudah matang dan berpendidikan untuk mengadakan dialog antara agama dan berbincang perkara itu secara akademik sesama mereka,” katanya selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan karnival Pengajian Tinggi di sini kelmarin.

Katanya, penuntut IPT sepatutnya tidak perlu terlibat dengan sebarang perhimpunan jalanan dan dipengaruhi oleh pihak luar kerana ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak atau mencegah masalah daripada berulang.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan kementerian berkenaan akan memperbaiki standard penilaian kegiatan ko-kurikulum di semua universiti.
Bagaimanapun, pihak kementerian masih mengekalkan keperluan 10 peratus jam kredit pelajar untuk kegiatan ko-kurikulum yang dilihat mampu mengembangkan kecerdasan emosi (EI) dan kemahiran insaniah pelajar, katanya.

Katanya, pelajar yang mendapat keputusan akademik yang baik dan EI yang tinggi menjadi pilihan kebanyakan majikan berbanding pelajar yang hanya mempunyai keputusan akademik yang baik sahaja.
Terdahulu, Muhyiddin dalam ucapannya yang dibacakan oleh Mohamad Khaled berkata karnival Pengajian Tinggi selama dua hari itu menjadi pusat sehenti bagi membantu pelajar sekolah dan mereka yang telah meninggalkan bangku persekolahan mendapatkan pilihan untuk melanjutkan pengajian mereka.

Karnival itu disertai 120 institusi pengajian tinggi dan ia akan diadakan di seluruh negara bermula di Johor, diikuti Shah Alam, Selangor pada 16 hingga 17 Jan ini; Kota Kinabalu, Sabah (30-31 Jan); Nilai, Negeri Sembilan (6-7 Feb); Kuching, Sarawak (20-21 Feb); Kepala Batas, Pulau Pinang (27-28 Feb); Jitra, Kedah (6-7 Mac); Kota Bharu (13-14 Mac); Gambang, Pahang (20-21 Mac); dan Ipoh, Perak (27-28 Mac).

sumber : Akhbar News Sabah Times

Khamis, 7 Januari 2010

Sekitar AGM PBRS Ke- 14

Barisan Perbarisan
Para Perwakilan Yang Hadir

Slogan " We Love PBRS!!! "

Ucapan utama Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Razak
Merangkap Pengerusi BN

Ucapan Presiden PBRS YB Tan Sri Joseph Kurup

Bacaan Doa AGM PBRS Ke-14









Senarai Kampung yang dilawati

Berikut adalah senarai kampung DUN Sook yang telah dilawati
( Mesyuarat Khas JKKK & ADUN)

Kampung :

1. Marasak
2. Alab Lanas
3. Lanas Station,
4. Sanang
5. Karanaan Baru
6. Liposu
7. Simbuan Poring
8. Sinaron Tengah
9. Mapila
10. Kebulu
11. Sakikilo
12. Karamatoi Laut
13. Kuala Aging
14. Mansiat
15. Mampisas
16. Kuit
17. Bangawong
18. Tinagalan Ulu
19. Tuaran Baru
20. Binowou Tengah
21. Binowou Laut
22. Tiulon
23. Tataluan
24. Rimbayan
25. Membulu
26. Pinipi
27. Kilo
28. Namadan
29. Kiulu Baru
30. Bonod Bt 7
31. Karamatoi Tengah
32. Lalapokon
33. Seselongan
34. Maliliah
35. Bambangan
36. Barasanon

by:rmn

2010 Teruskan Usaha Mendekati Rakyat

Sook- Usaha untuk mendekati, memahami, melihat sendiri masalah rakyat akan terus diperkemaskan kata ADUN N. 37 Sook YB Datuk Ellron. Perkara ini bukan hanya sebagai satu retorik tetapi ianya akan diaplikasikan. Mendengar Denyutan Nadi Rakyat menjadi keutamaan agar lebih mengetahui setiap permasalahan rakyat Sook.

Dalam siri lawatan terdahulu, didapati banyak sekali rungutan demi rungutan yang telah dikemukakan oleh rakyat melalui Pengerusi Jkkk. Sama ada ianya diluahkan secara emosi atau sebaliknya yang penting masalah rakyat dapat diluahkan untuk kepentingan bersama. Cara kerja sebegini juga akhirnya teleh membuka lebih banyak perkara yang perlu dipelajari, diteladani oleh Wakil Rakyat, Pejabat UPKR Sook. Budayakan Prinsip Turun Padang!! selagi masih diberi kepercayaan, jalankan AMANAH YANG DIBERI OLEH RAKYAT.

Tahun 2010 juga mesyuarat JKKK bersama ADUN akan diubah daripada 2 bulan sekali kepada 6 bulan sekali. Tumpuan akan diberkan kepada Mesyuarat Khas JKKK & ADUN diperingkat kampung. Semoga segala perancangan dan usaha ini berterusan untuk kebaikan rakyat Sook amnya di Sabah.

By; rmn

Sejarah Bagi Kg Kobosion, Sook

Sook, Keningau- Kg Kobosion yang terletak dalam kawasan N. 37 Sook menjadi destinasi pertama lawatan YB Datuk Ellron. Tarikh 02/01/2010 adalah keramat bagi kampung ini oleh kerana lokasi pertama dilawat oleh ADUN bagi tahun 2010. Pengerusi Penaja kampung berkenaan En Agustine berkata inilah sejarah buat kampung kami.

Semasa dalam lawatan tersebut YB Ellron sendiri telah meninjau jalan raya ke kebun-kebun bersama masyarakat kampung. Semoga dengan hasil tinjauan ini, jalan raya ini disenaraikan dalam keperluan mendesak untuk dinaik taraf. Sementara itu, antara yang dikemukakan oleh pengerusi penaja kampung ialah:

1. Naik taraf jalan ke kebun-kebun
2. Pemasangan culvert di 4 lokasi
3. Tangki air
4. Paip graviti
5. Masalah status tanah
6. Memohon zink
7. Bangunan balai raya
8. Bekalan elekrtik
9. Bus stop
10. Pembaikan bangunan Gereja

YB Ellron berkata beliau akan membuat yang terbaik untuk membantu menangani masalah DUN Sook, tidak terkecuali Kg Kobosion. Mana-mana permohonan yang lebih mendesak akan diberi keutamaan seperti jaringan jalan raya.

Turut sama dalam lawatan kerja ini PKR Sook Charles Ikang, Pemaju Masyarakat Sook Ramian Ayub, Robert Lunau dan Razib Mairi.

By;rmn

Rabu, 6 Januari 2010

Patrick: K'jaan perlu kaji kenaikan harga gula

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu mengkaji semula kenaikan harga gula kerana sebarang kenaikan barangan keperluan itu akan mengakibatkan inflasi terutama harga minuman dan makanan, kata Naib Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk Patrick Sindu. Pada masa yang sama, beliau turut menggesa kerajaan supaya memperhebatkan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula di kalangan rakyat di negara ini.

Patrick berkata kajian semula itu penting bagi memastikan para pengusaha restoran dan peniaga kuih-muih tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan dan minuman mereka ekoran kenaikan harga gula berkuatkuasa 1 Jan lepas.
“Kita menyedari bahawa penggunaan gula yang banyak dalam makanan tidak baik untuk kesihatan, tetapi kerajaan perlu mengkaji semula kenaikan harga gula itu bagi mengurangkan beban para pengguna. “Sekiranya semua harga barangan naik, apa akan jadi kepada golongan berpendapatan rendah. Hampir setiap hari kita laungkan slogan IMalaysia, jadi kerajaan sepatutnya mengambil kira atau mendahulukan kepentingan golongan ini,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Patrick turut menasihatkan para pengusaha restoran atau kedai makan supaya tidak menaikkan harga makanan dan minuman sesuka hati.
“Adalah tidak munasabah mereka (peniaga dan pengusaha kedai makan) menaikkan harga makanan, sebaliknya mereka perlu menjalankan tanggungjawab mereka mengurangkan penggunaan gula dalam makanan atau minuman untuk para pelanggan kerana ia tidak baik untuk kesihatan. “Seperti juga dengan harga rokok … walaupun kerajaan menaikkan harga sekotak rokok sehingga RM20 tetapi ia tidak memberi kesan kepada para perokok kerana mereka masih boleh mendapatkan bekalan rokok yang murah daripada penjaja haram dan rokok seludup yang dijual di merata tempat,” katanya.
Oleh itu katanya, pihak penguatkuasa harus melipatgandakan usaha untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap para penjaja haram yang menjual rokok seludup.
“Di mana-mana pun ada orang merokok walaupun ada tanda amaran ‘Dilarang Merokok’ contohnya di kawasan sekolah dan hospital … apa yang penting ialah penguatkuasaan peraturan atau undang-undang,” katanya.

Berkenaan dengan pemberian subsidi harga gula Patrick berkata, kerajaan perlu menelitinya dengan berhati-hati demi kebaikan bersama.
“Adalah lebih baik subsidi harga gula itu digunakan untuk pembangunan seperti membaiki kemudahan awam. “Seperti yang Perdana Menteri kita nyatakan bahwa kerajaan membelanjakan hampir RM1 billion setiap tahun untuk subsidi harga gula, sedangkan bilangan pesakit kencing manis di negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Rakan Pengguna Sabah Datuk Amisah Yassin meminta semua pengguna di negeri ini tidak panik ekoran kenaikan harga gula sebanyak 20 sen.
Katanya, kenaikan harga barangan itu akan membuatkan para pengguna berfikir dua kali sebelum mengambil gula secara berlebihan dalam minuman atau makanan.
“Penggunaan gula berlebihan akan mengakibatkan penyakit seperti kencing manis. Oleh itu orang ramai harus melihat kenaikan harga gula itu dari sudut positif iaitu kesihatan berbanding jumlah kenaikan yang masih tidak terlalu tinggi.

“Kenaikan harga gula itu membuka mata masyarakat kita untuk lebih menjaga kesihatan diri dan bukannya berasa terbeban dengan kenaikan harga,” katanya.
Sehubungan itu, Amisah berkata keputusan kerajaan menaikkan harga gula tidak seharusnya ditentang oleh persatuan-persatuan pengguna sebaliknya melihatnya sebagai peluang kepada orang ramai untuk mengurangkan pengambilan gula.
“Rakyat seharusnya menyedari bahawa pengambilan gula secara berlebihan boleh membawa penyakit seperti diabetes dan obesiti.
“Rakan Pengguna Sabah amat prihatin terhadap kesihatan penduduk di negeri ini dan kita tidak menentang kenaikkan harga gula tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat agar tidak mengambil gula secara berlebihan,” katanya.
Amisah berkata, diabetes adalah penyakit kronik yang sehingga kini tiada penawarnya kerana ubat-ubatan yang ada hanya untuk mengawal penyakit itu.

Pada Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 sekilogram di Semenanjung manakala RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak bermula 1 Jan.
Ketua Setiausaha Kementerian itu Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, berkata kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai 1 Jan 2010 dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.
Katanya, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.

140,000 IKUTI PLKN

KUALA LUMPUR: Seramai 140,000 peserta dipilih menjalaniN PLKN bagi Siri 7/2010 dengan 38,000 daripadanya menjadi kumpulan pertama menjalani latihan selama tiga bulan.
Kelmarin , seramai 14,238 pelatih dari Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya mula melaporkan diri di 102 lokasi Pusat Berkumpul di seluruh negara untuk dibawa ke kem-kem latihan melibatkan 355 buah bas.
Baki 14,570 pelatih dari Perlis, Labuan dan negeri-negeri lain akan melaporkan diri esok manakala 9,214 pelatih pada 4 Jan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, melepaskan peserta PLKN di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini kelmarin.
Beberapa pelatih yang ditemui di perkarangan stadium itu menyatakan bahawa mereka teruja dan tidak sabar untuk memulakan latihan di kem walaupun ada sedikit kebimbangan dengan ujian yang bakal ditempuh. Atiqah Badrol Hisham, 17, yang akan menjalani latihan di Rembau, Negeri Sembilan, berkata beliau pada mulanya takut tetapi berharap dapat menempuhi tempoh latihan itu dengan selamat. “Sebelum ini saya gementar, takut nak pergi apabila nama saya dipilih, tapi sekarang saya bersemangat nak pergi dan berharap dapat membina keyakinan diri selepas selesainya program khidmat negara ini,” katanya. Koh Yean Nie, 17, yang aktif dalam sukan tenis pula gembira dan teruja dapat menyertai program khidmat negara di Manjung, Perak dan berharap dapat menimba pengalaman serta mengembangkan potensi diri selain menjadi lebih baik daripada segi fizikal dan mental. P. Thangaraj, 17, dari Sentul terlalu ghairah dan tidak sabar-sabar untuk memulakan latihannya di Alor Gajah, Melaka apabila seluruh anggota keluarganya hadir memberi sokongan kepadanya. “Saya menyukainya. Saya telah menunggu lama dan saya sangat gembira apabila nama saya tersenarai, saya sangat berterima kasih,” katanya.

Perasaan sama turut dikongsi ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Pusat Berkumpul di sini, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak tunggal.
Lim Lik Kai, 61, turut gembira walaupun terpaksa berpisah dengan anak tunggalnya, Lim Yan Jang untuk menjalani latihan di Penor, Pekan, Pahang.
“Saya gembira anak lelaki tunggal saya dapat menyertai program ini. Dia seorang anak yang aktif dan pelajar cemerlang dalam akademik serta sukan,” katanya.
Maimunah Hassan, 51, turut gembira dan berkata bukan senang anak keempatnya, Farah Syahirah Muslini mendapat peluang sekali seumur hidup ini kerana ramai orang yang hendak pergi tidak disenaraikan nama mereka.
Di KOTA BAHARU, seramai 1,504 peserta dari Kelantan bertolak ke beberapa kem latihan di Kedah dan Perak, kemarin. Mereka dihantar oleh keluarga masing-masing dan menaiki 34 bas yang menunggu sejak awal pagi di kawasan Perindustrian Padang Tembak di sini.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechik, berkata mereka akan berada di kem latihan selama tiga bulan mengikuti pelbagai latihan dalam membentuk remaja jati diri dan berkemahiran.
Di KUALA TERENGGANU, kumpulan pertama seramai 369 peserta PLKN dari Terengganu berlepas ke lima destinasi iaitu satu kem di Terengganu manakala masing-masing dua kem di Kelantan dan Pahang mulai 10 pagi ini.

Timbalan Komander Penyelaras PLKN Kem Merang Suria Kapten (B) Ahmad Satar Ishak seramai 78 peserta akan mengikuti latihan di Kem Cenih Cemerlang, Kemaman, Terengganu, kem PLKN Etnobotani di Gua Musang (123) dan di kem Batu Jong, Kuala Krai (81) manakala di Pahang, kem Cemerlang Gemilang, Cherating (44) dan Kem Agro Semuji (43).
Katanya kumpulan kedua seramai 318 peserta bertolak pada Isnin ini.
Pesara guru Mohd Khairul Hassan, yang menghantar anaknya, berkata PLKN sangat bagus untuk membentuk disiplin remaja selain boleh melahirkan generasi muda cintakan tanah air dengan pendedahan yang diberikan sepanjang latihan itu.
Wan Shufiah Wan Azmi, 18, berkata beliau bertuah dipilih mengikuti program berkenaan dan tidak sabar mengikuti latihan dan menimba pengalaman sepanjang program itu.
“Apabila mengikuti latihan nanti, saya akan mendapat banyak pengalaman dan berjumpa kawan baru yang boleh berbincang dan bertukar pendapat,” katanya.
Di ALOR SETAR, peserta dari Kelantan, Perak dan Pulau Pinang dijangka mendaftar di 12 kem PLKN dalam zon A di seluruh Kedah petang ini.

Komandan Kem PLKN Rekreasi Baling Mejar Abdul Razak Awang berkata penghantaran peserta dari Kedah ke kem-kem di negeri lain bermula Isnin ini.
Di IPOH, seramai 423 peserta PLKN seluruh Perak daripada jumlah keseluruhan 549 peserta yang sepatutnya melaporkan diri di Stadium Indera Mulia di sini, kelmarin, berlepas ke tujuh kem PLKN masing-masing empat di Selangor dan tiga di Pulau Pinang.
Komandan Kem Kepimpinan Gemilang Gopeng Mejar Abdul Razak Wahab berkata JLKN akan membuat tindakan susulan terhadap peserta yang gagal melapor diri hari ini.
“Seramai 362 peserta dijadual mengikuti latihan di Selangor manakala 187 lagi di kem PLKN di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di pekarangan Stadium Indera Mulia.
Beliau berkata seramai 388 peserta PLKN dijadual berlepas esok manakala kumpulan terakhir melibatkan seramai 544 orang berlepas Isnin ini.
DI JOHOR BAHARU, seramai 552 peserta dari sekitar bandar raya ini berlepas ke tujuh kem PLKN dengan menaiki 14 bas yang disediakan dari Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin mulai pukul 9.30 pagi hingga 11 pagi kelmarin.

Kesemua peserta akan ditempatkan di Kem Debana, Jempol di Negeri Sembilan, Kem Ayer Keroh dan Kem Lagenda Gunung Ledang, Asahan di Melaka serta Kem Ladang Rempah Ratus Nasuha Muar, Kem Padang Hijau Kluang, Kem Teluk Sari Mersing dan Kem Sri Ledang Tangkak. Tinjauan Bernama di pekarangan stadium berkenaan mendapati urusan pendaftaran dan pelepasan peserta berjalan lancar malah ibu bapa turut berpuas hati dengan segala urusan berkenaan. Suri rumah Asnah Seen, 54, dari Kempas berkata beliau senang hati apabila melihat bas yang disediakan untuk menghantar anak perempuannya ke Kem Lagenda Gunung Ledang dalam keadaan baik. “Ini pengalaman kedua saya menghantar anak menyertai PLKN. Saya berpuas hati dengan urusan hari ini dan berharap anak saya selesai menjalani program PLKN dengan baik,” katanya. R.Denish, 17, dari Taman Johor Jaya yang ditempatkan di Kem Teluk Sari Mersing berkata dia tidak sabar untuk memulakan pelbagai aktiviti program itu sejurus mengetahui dirinya terpilih untuk mengikuti PLKN.

Selasa, 5 Januari 2010

PERGERAKAAN ADUN & ADR

Tarikh : 02/01/2010
Lokasi : Kg Kobosion, Sook
Masa : 10.00 pagi
Perkara : Mesyuarat dengan JKKK penaja, meninjau masalah rakyat

Tarikh : 02/01/2010
Lokasi : Kg Luanti Baru
Masa: 2.00 petang
Perkara : Pemimpin bersama rakyat

Tarikh : 05/01/2010
Lokasi : Pejabat UPKR N. 37 Sook
Masa : 2.00 petang
Perkara : Mesyuarat kakitangan UPKR N 37 Sook

Tarikh : 06/01/2010
Lokasi : Hotel Perkasa, Keningau
Masa : 10.00 pagi
Perkara : Mesyuarat penyelerasaan UPEN 2010-2015 ( ADUN, ADR P. 182 Pensiangan, ADO Sook)

Tarikh : 09/01/2010
Lokasi : Kg Mempulut
Masa : 3.00 petang
Perkara : Majlis Bersama Rakyat

Tarikh : 14/01/2010
Lokasi : Kg Johan Jaya
Masa : 10.30 pagi
Pekara : Mesyuarat Gabungan Badan JKKK( Kg Nukakatan, Nukakatan Baru, Terolobou, Johan Jaya ) Mukim Sook

Masa : Jam 2.00 petang
Perkara : Masyuarat Badan JKKK Kg Kapayan Baru( Mukim Sebarang)

Tarikh : 15/01/2010
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Pejabat Daerah Kecil Sook
Perkara : Mesyuarat LUC

Masa : 11.00 pagi
Lokasi : Pejabat UPKR Sook
Perkara : Mesyuarat Persempadanan

Masa : 3.00 petang
Lokasi : Kg Lintuhun Baru
Perkara : Pemberian Tangki Air oleh Tan Sri Joseph Kurup P. 182 Pensiangan.

Masa : 7.00 malam
Lokasi : Hotel Perkasa, Keningau
Perkara : Majlis Makan Malam Bersama Tan Sri, ADO Sook, ADUN, UPKR & ADR P. 182

16/01/2010
Masa : Jam 10.00 petang
Lokasi : Kg. Delayan Lama, Sook
Perkara : Pembahagian Zink kepada penduduk kampung oleh YB Tan Sri Joseph Kurup

by : rmn

Sabtu, 2 Januari 2010

Perhimpunan Perwakilan PBRS ke-14 2009


Kehadiran para pemerhati amat dialu-alukan..

Kaunter Pendaftaran

Kaunter pendaftaran bagi Perwakilan PBRS Seluruh Sabah

Urusetia yang berkomitmen, pastikan AGM PBRS berjalan lancar.

Gambar YAB Dato' Seri Najib Razak berucap sempena Hari Perhimpunan Agung PBRS Peringkat Negeri Sabah.

Mesyuarat JKKK Kg Kebulu, Mapila & Sakikilo


YB Datuk Ellron sedang mempengerusikan mesyuarat khas JKKK 3 kampung.
Turut hadir CDO Sook, Kunin Saili dan Pemaju Mukim Sook Lasius Ingkon.
Barisan AJK Badan JKKK 3 Kampung mendengar ucapan YB Datuk
Kehadiran mereka amat dialu-alukan bagi memastikan masalah kampung dapat dikurangkan..
Sekitar mesyuarat berlangsung..

Program Cinta Alam Kg Rancangan Belia


Ketibaan YB Datuk di sambut oleh para pegawai
Kehadiran dan penyertaan para belia/wanis amat memuaskan..
ADO Sook Jasli Tindi, Pilih Ranggum Pegawai Belia Sook turut hadir..
Taklimat daripada Pegawai Belia kepada para peserta..
Ellron sedang memberikan ucapan perasmian...
Peserta sedang mendengar ucapan YB Datuk Ellron Angin..
Cendrakenangan kepada KBS Sabah..
Cendrakenangan KBS Sabah kepada YB Ellron
Penanaman pokok turut disempurnakan.


ADO Sook turut sempurnakan penanaman pokok..
Pegawai Belia Sukan Keningau, Pilih Rangum juga menanam pokok..

Lawatan ke Tamu Sook- Amat bermakna


Rombongan sedang menuju ke kawasan kedai sedco..

restoran manjadi lokasi pertama...


Barisan deretan kedai turut dilawati, selamat hari krismas dan tahun baru kata Ellron..

Singgah di kedai Spare Part kereta..


Sekitar Tamu Sook...masyarakat akar umbi ditemui secara terus oleh Ellron

Pn Flora menyambut kehadiraan YB Ellron...

Sekitar di pasar ikan Tamu Sook...

Pasar ikan tamu sook...


Orang ramai menunggu kalau-kalau dapat bersalaman dengan YB Ellron


Ellron disambut dengan senyuman oleh para penjaja" Tak kenal maka tak cinta "

Kawasan jualan kuih-muih turut dilawati...

YB Ellron sedang berbual dengan seorang warga emas...

Gerai buah-buahan juga dilawati...

ini pula di gerai makan...

orang ramai yang sedang menjamu selera menyedari kehadiran YB Ellron akhirnya...

Barisan penjaja sayuran...

YB Ellron bersalaman dengan penjaja sayuran, Jublin juga turut serta...

Penjaja sedang mengambil kesempatan secara live berbual dengan YB Ellron..
Turut bersama YB ialah PKR sook, CDO Sook, Pemaju Mukim, Pemaju Masyarakat, Pegawai ADR P. 182 Pensiangan, pemimpin tempatan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails