Isnin, 25 Januari 2010

NKRA perlu maklum balas daripada rakyat untuk capai kejayaan

KOTA KINABALU: Bagi memastikan kejayaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang me- rangkumi pelbagai aspek, ianya memerlukan maklum balas dan pandangan daripada rakyat. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, ianya sekaligus menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meng- ambil kira keperluan dan kehendak sebenar rakyat sebelum melaksanakan sesuatu dasar atau pun program. “Inisiatif ini juga adalah selari dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam merealisasikan Halatuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri, pelaksanaan Koridor Pebangunan Sabah (SDC), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan agenda pembangunan yang lain demi untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian pada ucapan dasarnya sempena Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) peringkat negeri di sini, kelmarin. Hadir sama pada majlis itu dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang juga Pengerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanan (Pemandu) dan Senator Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, anggota Kabinet negeri dan para pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.Beliau berkata, kerajaan ne- geri sentiasa menghargai komitmen dan kesungguhan kerajaan persekutuan dalam memfokus- kan pembangunan infrastruktur asas luar bandar di negeri ini.

Ini katanya, khususnya dengan pembinaan 916 kilometer jalan raya luar bandar dalam tempoh pelaksanaan NKRA serta liputan 90 peratus bekalan air luar bandar dan 95 peratus bekalan elektrik luar bandar di negeri ini menjelang tahun 2012. Musa juga berkata, beliau bersyukur kerana secara dasar- nya Kerajaan Persekutuan telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM2 bilion masing- masing bagi pelaksanaan projek jalan raya luar bandar dan beka- lan air luar bandar bagi Sabah dalam tempoh masa 2010- 2012. “Saya percaya usaha ini akan memberikan kesan positif kepada pembangunan negeri, dengan adanya kemudahan infrastruktur asas itu, ia akan membantu usaha-usaha kerajaan negeri bagi mengurangkan lagi insiden kemiskinan terutamanya kemiskinan tegar di negeri ini selaras dengan Gaga- san 1 Malaysia- Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Mengenai hari terbuka GTP itu, Musa berkata, ia merupakan platform yang terbaik bagi mendekatkan kerajaan kepada rakyat. Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat di negeri ini supaya memanfaatkan sepe- nuhnya program itu dengan memberi idea, pandangan, serta input-input kepada kerajaan mengenai keperluan sebenar mereka. “Ini amat penting agar rakyat dapat memberikan sumbangan secara lebih positif dan bermakna dalam usaha kerajaan untuk mengetahui dan seterusnya memenuhi kehendak rakyat dengan lebih tepat, berkesan dan menyeluruh,” katanya. Dalam pada itu, beliau juga yakin pelaksanaan makmal- makmal yang berkaitan khususnya bagi meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan, meningkat- kan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan memper- kasa infrastruktur asas luar bandar adalah bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa di negeri ini. Beliau berharap hasil per- bincangan dan input dalam makmal-makmal berkaitan dapat menjadi asas dan garis panduan kepada kerajaan dalam merangka dan memacu pembangunan negeri bagi tempoh RMK-10 dan seterusnya RMK-11.

1 ulasan:

  1. Ramai perserta dari SOOK turun ke Kota Kinabalu turut serta dalam pelancaran NKRA ini...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails