Isnin, 18 Januari 2010

Rakyat perlu sentiasa patuhi arahan: Sairin

KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Karno, mahu supaya rakyat di daerah ini agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan, berhubung dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di kawasan ini sejak beberapa hari yang lalu.“Anda kena patuhi semua arahan, dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat sebelum sesuatu yang buruk akan berlaku,” kataya.

Pada Sabtu, Ketua Polis Keningaum DSP Zahari Mohamed, menasihatkan penduduk yang tinggal di pesisir sungai, supaya berjaga-jaga dan memastikan anak-anak mereka tidak bermain-main di sungai. Beberapa daerah di negeri ini dinaiki banjir ekoran hujan turun berterusan sejak beberapa hari yang lepas. Paras Sungai Padas di Tenom dilaporkan mula naik sejak semalam, dan dikhuatiri bertambah jika cuaca semakin buruk dalam tempoh beberapa hari ini. Ketika ditemui lewat tengah hari di Liawan pada Ahad, Sairin berkata; “Mereka yang tinggal di pesisir sungai perlu mengutamakan keselamatan.”

Pembantu menteri itu menegur sesetengah penduduk yang enggan mengambil langkah-langkah keselamatan, seperti berpindah lebih awal sebelum banjir melanda di kawasan mereka.
Sejak semalam sehingga lewat tengah hari ini, New Sabah Times melakukan pemantauan di hamper semua kampung berisiko banjir, dan mendapati hanya beberapa batang sungai yang menunjukkan tanda-tanda banjir, tetapi tidak membahayakan penduduk. Sungai Pegalan didapati kabut tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya setakat jam 2 petang pada Ahad.

Sumber : sabah times

1 ulasan:

  1. Kita berharap keadaan cuaca akan beransur-ansur seperti sedia-kala. Sebarang kejadian tidak diingini harap tidak akan terjadi..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails