PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan keadaan di negara ini terkawal di sebalik beberapa cubaan membakar gereja kerana kejadian itu tidak membabitkan kumpulan individu yang besar. "Majoriti rakyat Malaysia amat sederhana dan cintakan keamanan manakala keganasan tidak pernah dikaitkan dengan soal amalan beragama di negara ini. "Malahan pengenalan agama Islam dibuat melalui cara aman," katanya ketika ditemubual sekumpulan 10 wakil media dari India dalam rangka lawatan ke negara ini, di pejabatnya di sini semalam.
Perdana Menteri ditanya sama ada cubaan membakar gereja baru-baru ini trend yang ditiru atau sama dengan apa yang bermula di Pakistan tujuh tahun lalu. "Kami begitu dirahmati. Kami berharap dan akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan hubungan harmoni yang terjalin di antara pelbagai etnik dan kumpulan agama di negara ini. "Kami akan mengambil tindakan terhadap sebarang bentuk ekstremisme yang dilakukan oleh sesiapa atau mana-mana kumpulan, " katanya.
Mengenai sama ada amalan sekular di negara ini akan diubah selepas ini, Najib menjawab: "Kami mampu mengawal keadaan. Kami berupaya menguruskannya." Untuk mengatakan tahap ketegangan telah memuncak berikutan keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah sebenarnya diperbesarkan kerana kejadian (serangan ke atas gereja) adalah reaksi yang hanya membabitkan sekumpulan kecil individu, kata Najib. Sementara itu, menurut kenyataan Kementerian Luar, terdahulu wakil media India itu mengadakan perjumpaan dengan Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra dan dengan beberapa menteri Kabinet yang lain. "Lawatan wakil media India ke Wisma Putra memberikan peluang besar kepada Menteri Luar untuk bertukar pandangan dengan kumpulan itu mengenai isu penting kepada Malaysia.
"Ini termasuk dasar luar Malaysia terhadap hubungan dua hala dan kerjasama dengan India di forum serantau dan antarabangsa, harapan daripada lawatan akan datang perdana menteri ke India dan perkara lain kepentingan bersama membabitkan kedua-dua negara," menurut kenyataan itu. Najib dijadual melakukan lawatan rasmi ke republik itu awal minggu depan. Sementara itu, berucap pada majlis makan malam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini malam tadi, Najib mahu perkhidmatan awam di negara ini menjadi profesional sepenuhnya tanpa kecenderungan politik dan menyokong serta menterjemah apa juga hasrat kerajaan yang dipilih rakyat. Perdana Menteri berkata, prinsip itu adalah tonggak utama dan satu prinsip suci yang diamalkan oleh perkhidmatan awam di negara ini. Beliau berkata, prinsip itu menjadi tonggak kepada perkhidmatan awam negara ini sejak dulu yang mana ia menjadi sektor yang profesional sepenuhnya. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sijil MS ISO 9001:2008 kepada SPA dan melancarkan kaedah pengambilan secara profiling (Myrecruitment) suruhanjaya itu.
Sumber: berita harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan