Selasa, 12 Januari 2010

Sabah & Sarawak: Pekan sampah

GERAI Tamu Ahad kotor dan tidak terurus.

KOTA MARUDU: Imej daerah ini sebagai pengeluar jagung terbesar di Sabah tercemar akibat keadaan pekan ini yang kotor seolah-olah tiada penyelenggaraan dilakukan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM). Keadaan menjijikkan itu dikesan di hampir semua sudut pekan ini, terutama selepas Tamu Ahad berikutan sampah yang bertaburan di merata tempat yang tidak dikutip.

Tinjauan Berita Harian di sini semalam mendapati, selain sampah bertaburan di kaki lima kedai, laluan pejalan kaki dan tapak tamu, parit di sekeliling kebanyakan premis perniagaan juga tersumbat, menyebabkan air tidak mampu mengalir. Ia menyebabkan kawasan berkenaan busuk, seolah-olah pekan yang ditinggalkan.

Sumber: berita harian

1 ulasan:

  1. Perkara ini, kita kaitkan dengan Pekan Kecil Sook, Pekan Keningau juga.... lebih kurang juga maslahnya...PBT tempatan perlu lebih proaktif menyelesikan masalah ini. Masyarakat juga perlu prihatin..sama-sama ada kerjasama..

    by;rmn

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails